HEADER 336x280

Ads 728x90

responsive

LUCU TAPI BENAR, INILAH 7 KISAH ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI JOHOR, NOMBOR 4 BIKIN KORANG TERPERANJAT!!

ADSENSE IN ARTICLE AD
ADSENSE 336x280 bawah judul

Tak berapa lama dulu, BFF kami CILISOS ada tulis pasal nama-nama jalan yang kelakar kat Malaysia ni macam Jalan Microwave, Jalan Mati, Jalan Urat Mata, dan beberapa lagi. Manakala The Vocket pula ada buat list pasal nama-nama tempat yang pelik kat Malaysia. Benda-benda macam ni buat kami tertanya-tanya, yang kasi nama ni memang dah takde idea ke apa?

Kadang-kadang tu kita ada je dengar cerita asal-usul yang memang masuk dek akal, contohnya kisah Parameswara yang menamakan Melaka berdasarkan pokok yang disandarnya di mana dia telah menyaksikan keberanian seekor kancil.

Jadi kami telah pergi ke Perpustakaan Tun Raja Uda untuk kaji tentang asal-usul nama sesebuah tempat. Apa yang kami jumpa adalah menarik, malah kelakar. So untuk artikel ni kami rujuk buku Negeri Johor Darul Takzim hasil tulisan dari Yusman Ayob. Dalam buku tersebut, ia menceritkan macam mana kawasan-kawasan di Johor telah mendapat nama….

1. Muar

Bandar Muar merupakan sebuah bandar Johor yang terletak di muara sungai Muar. Ia merupakan bandar keempat terbesar dan antara daerah yang tertua di Johor. Muar juga menempatkan Balai Polis Bukit Kepong, iaitu sebuah balai polis yang femes akibat serangan dari pihak komunis.

Terdapat dua versi macam mana Muar dapat nama. Yang pertama agak straightforward, ia dikatakan berasal dari perkataan Tamil iaitu ‘mu-aru’ yang bermaksud tiga sungai di mana kawasan tersebut dikaitkan dengan muara sungai.

Yang kedua pula, seorang pekerja am untuk kerajaan Biritish, Martin Lister, telah menceritakan nama Muar ni datang daripada penduduk tempatan juga. Kisahnya mereka telah ‘muak’ bawa sampan kat sungai situ. Ungkapan seperti “sudah muak memudiki sungai ini!” boleh diperdengarkan hampir setiap hari kata Martin. Last-last perkataan “muak” berubah menjadi “muar” maka terlahirlah nama daerah tu.

2. Batu Pahat

Pada abad ke-15, kerajaan Siam sedang sibuk meluaskan kuasa mereka dengan menakluk negeri lain. Antara agenda utama adalah menawan negeri Melaka dan strategi tentera mereka adalah dengan menyerang dari Selatan semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum serang, tentera Siam singgah ke Johor di mana mereka telah berhenti kat sebuah kawasan berbatuuntuk berehat. Mereka kemudiannya menggali perigi untuk mengisi bekalan air, dan dipercayai bahawa dari peristiwa itulah kawasan tersebut diberi nama Batu Pahat.

Kepercayaan kedua pula berlaku selepas penaklukan Portugis di Melaka. Time tu ketua rombongan Portugis, Alfonso d’Albuquerque telah mengarahkan pembinaan A Famosa dengan menggunakan batu-batu yang telah dipahat kat Johor. Menurut Munsyi Abdullah (bapa pemodenan sastera Melayu):

    “Aku dengar konon batu itu dipahat oleh orang Cina yang menjadi tukang kota itu. Batu Pahat itu digunakan oleh Portugis maka sebab itu sampai sekaranag ini pun tempat itu bernama Batu Pahat” – Munsyi Abdullah, Hikayat Abdullah.

3. Pontian

Memberi nama untuk sesuatu tempat berdasarkan suatu aktiviti atau slang memang dah jadi satu trend kat Johor. Berdasarkan buku yang kami rujuk ni, nama Pontian sebenarnya berasal dari perkataan ‘perhentian’. Sewaktu awal penerokaan kawasan tu, nelayan tempatan telah menjadikannya sebagai tempat singgah masa menangkap ikan.

Lama kelamaan, nama ‘perhentian’ tu evolve kepada Pontian dan tempat tu sendiri berubah menjadi sebuah pangkalan nelayan yang penting. Tapi tu dulu lah, sekarang tempat tu femes untuk orang Islam tengok anak bulan dalam menentukan tarikh-tarikh penting seperti bulan puasa dan raya.

Selain dari pada tu, pengunjung sering datang ke Pontian untuk ladang nNenas mereka dan melawat kawasan yang paling Selatan kat benua Asia. Korang boleh check website Tourism Johor kalau ada plan nak bercuti kat sana.

4. Segamat

Macam mana Segamat dapat nama ni boleh dikatakan antara yang paling kelakar kami jumpa. Time tu cousin Sultan Melaka, Bendahara Tepak, sedang mengundur dari kemaraan tentera Portugis. Setibanya di Johor, rombongan tersebut telah mengambil keputusan untuk berhenti rehat di sebatang sungai sambil bermandi-manda.

Bendahara Tepak sangat terpegun dengan kawasan tersebut telah menyebut, “Segar amat badanku, ini mesti disebabkan air sungai yang sejuk, jernih tu” dan pujian Bendahara Tepak tak terhenti kat situ je, pantang bersembang mesti dia sebut “segar amat itu”, “segar amat ini”.

Bendahara Tepak yang dah jatuh cinta dengan kawasan tu pun ambil keputusan untuk membuka sebuah kampung di situ. Masa tengah berbincang untuk kasi nama, salah seorang pengikut Bendahara Tepak telah mencadangkan “Segamat” sebab Bendahara Tepak tak habis-habis menyebut perkataan tu.

Sedar ia merupakan sindiran kelakar oleh pengikutnya, dia tetap bersetuju dan maka terlahirah sebuah daerah bernama Segamat. Tak sangka gurauan seorang pembesar bersama pengikutnya pun boleh jadi alasan untuk menamakan suatu tempat.

5.Gelang Patah


Sebelum kereta dan kenderaan awam atas jalan menjadi norma dikalangan masyarakat, naik sampan merupakan salah satu cara yang paling femes untuk pergi ke suatu kawasan. Kisah macam mana Gelang Patah ni bermula apabila ada seorang wanita ni nak pergi ke wedding kat kawasan Sungai Pulai.

Telah menjadi kebiasaan untuk wanita memakai gelang yang banyak apabila menghadiri majlis perkahwinan atau keramaian. Jadi sewaktu on the way tu, mungkin untuk hilangkan bosan wanita tersebut telah bermain dengan permukaan air masa tengah naik sampan. Tanpa diketahuinya ada seekor buaya telah lama perhatikannya.

Bak kata pepatah ‘jangan disangka air yang tenang tiada buaya’ dan itulah telah terjadi secara harafiah apabila buaya tersebut menyerang wanita tersebut. Nasib baik lengan wanita tu tak putus tapi cuba teka apa yang patah? Gelang yang dipakainya telah patah diserang buaya dan sejak dari tu, kawasan tersebut telah dikenali sebagai Gelang Patah… senang betul orang kasi nama kawasan eh.

 6. Kulai

Bila bercakap pasal Kulai, takde benda sangat yang boleh tarik perhatian orang ramai tapi apa yang kami pasti adalah asal usul nama Kulai ni confirm akan buat korang tergelak. Nama Kulai ni datang sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim.

Pada suatu hari, Sultan Ibrahim bersama rombongannya plan nak pergi memburu binatang liar kat dalam hutan. Time tu orang Cina merupakan penduduk majoriti dan yang peliknya kawasan tu takde nama lagi. Jadi setibanya di kawasan tersebut, salah seorang ketua masyarakat kat sana telah tersasul cakap “Engku, Lai” iaitu pelawaan untuk memburu dalam hutan.

Apek tu sebenarnya nak sebut “Tuanku, persilakan” tapi telah tersilap cakap. Mungkin geli hati dengan peristiwa tersebut, Sultan Ibrahim telah namakan kawasan tersebut sebagai Kulai. Dipendekkan dari “Engku, Lai”. Ni dah macam kisah untuk Segamat je ni haha, macam-macam lah dorang ni.

7. Jementah

Jementah merupakan sebuah pekan yang sederhana (nombor dua paling besar kat daerahnya) terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Segamat. Kisah Jementah dapat nama ni terbahagi kepada dua versi. Yang pertama agak kelakar, malah kisahnya lebih kurang sama macam Pontian.

Ceritanya bermula apabila sekumpulan orang telah ambil keputusan untuk buka kampung baru di kawasan tersebut. Apa yang disedari oleh mereka adalah setiap kali semak samun dikemas dan rumput ditebas, ia akan tumbuh meliar balik semula pada kadar yang cepat.

Jadi mereka komplen:

    “Buat apa kita menebas menebang kalau dalam sehari sudah balik seperti asalnya?

    Kalau begini jadinya setiap kali dibersihkan, orang pun naik jemu dan muntah.” – petikan dari buku Negeri Johor Darul Takzim oleh Yusman Ayob

Dipercayai perkataan ‘jemu’ dan ‘muntah’ telah digabungkan, maka terlahirlah Jementah. Versi kedua pula melibatkan seorang peniaga Cina yang famous kat kawasan tu. Dia yang bernama Jan Tan Ah mempunyai pelanggan yang majoritinya Melayu telah menyebabkan nama Jan Tan Ah lama-kelamaan bertukar menjadi Jementah.
Dengar macam lawak, tapi tu lah sejarah dan budaya kita

Walaupun asal-usul nama sesebuah kawasan tu agak kelakar, nak tak nak tu adalah sebahagian dari sejarah dan budaya kita. Selain dari tu, kita boleh lihat macam mana kawasan sekeliling mempengaruhi penduduk setempat dalam menamakan sesebuah tempat.

Tapi kalau zaman sekarang ni, cara kita agak berbeza di mana sejarah telah main peranan yang penting. Contohnya macam Putrajaya di mana namanya diambil dari Tunku Abdul Rahman ‘Putra’ Al-Haj dan gabungan dengan perkataan ‘Jaya’.

So kalau nak tau lebih mendalam atau nak pastikan cerita ni sahih ke tak korang boleh tanya orang Johor sendiri kat Dataran Merdeka, KL sempena event Johor Food Festival. Korang boleh tengok tarikh event tu kat website dorang di sini. Kat situ ada banyak makanan tempatan Johor yang telah disyorkan oleh golongan diRaja Johor dan sambil-sambil usha makanan kat sana, boleh lah tunjuk skill ilmu korang dengan bertanyakan soalan tentang asal-usul nama tempat kat Johor. Enjoy sey!

Sumber Asli
ADSENSE 336x280 bawah artikel

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "LUCU TAPI BENAR, INILAH 7 KISAH ASAL-USUL NAMA TEMPAT DI JOHOR, NOMBOR 4 BIKIN KORANG TERPERANJAT!!"

Posting Komentar

FLOATING ADS